Cuckoo PRIME X3 menggunakan 3 kaedah pembersihan dan kaedah pertama ialah Membran Ultra-Filtration PVDF 2.0 yang direkayasa semula.
PRIME X3 adalah penapis pertama seumpamanya di Malaysia yang menyingkirkan kotoran, karat dan bakteria berbahaya dari punca air. Bersaiz 0.05 mikron, ia adalah paling ideal untuk menyingkir pencemaran air sambil mengurangkan kebarangkalian berlakunya masalah sumbat.
Kaedah ke2 pula ialah sistem pembilasan PRIME X3 di mana ia membalikkan aliran air dan mengeluarkan segala kotoran dari penapis ke saluran keluar bagi mengurangkan kesan sumbatan.
Ia juga memastikan air bersih selepas pembilasan disempurnakan dan proses ini memastikan usia penapis dipanjangkan serta membersihkan penapis bagi mempertingkatkan keberkesanan penapis.
Manakala kaedah pembersihan ke3 ialah Sistem Pembilasan Automatik. Dengan sistem ini, terdapat penetapan masa untuk membersihkan sistem penapisan secara automatik.
Proses pembilasan akan dilakukan selama seminit setiap lapan jam, secara automatik.