KESUKARAN untuk tidur pada waktu malam seringkali dikaitkan dengan tekanan atau kafein, tetapi pemilihan tilam juga turut memainkan peranan yang penting. Tidur yang berkualiti telah diperkaitkan dengan banyak faedah kesihatan termasuk pengekalan berat badan yang sihat, peningkatan konsentrasi dan produktiviti, pemaksimuman prestasi atletik, fungsi imun dan interaksi sosial yang meningkat sambil mengurangkan risiko keradangan, kemurungan, penyakit jantung, strok dan penuaan pra-matang.
Sayangnya, ramai di kalangan rakyat Malaysia dipercayai mengalami gangguan tidur. Ini termasuk kesukaran untuk tidur, terjaga pada tengah malam dan keletihan selepas bangun dari tidur sambil mengalami simptom-simptom yang berkaitan dengan kekurangan tidur seperti sakit kepala, masalah konsentrasi, sakit bahu atau leher, serta perubahan mood.
Sebuah kajian pada tahun 2015 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya mendapat purata tidur sekitar 6.4 jam sahaja setiap hari, walaupun 8 jam sehari disyorkan untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Tema Hari Tidur Sedunia untuk tahun ini, “Better Sleep, Better Life, Better Planet” (“Tidur Lebih Baik, Kehidupan Lebih Baik, Planet Lebih Baik”), adalah “panggilan bangun” untuk rakyat Malaysia mengutamakan tabiat tidur yang baik.
Terdapat banyak punca tidur yang tidak sempurna. Ini termasuk tekanan, waktu tidur yang tidak teratur, diet yang tidak seimbang, statik badan dan gaya hidup. Walau bagaimanapun, satu penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut adalah semudah menukar tilam jer.
Tidur yang cukup menjamin kesihatan & kelancaran kerja anda dikeesokkan hari. Dengan menggunakan Tilam Cuckoo x Napure yang telah terbukti dapat membantu ramai pengguna yang mengalami sakit seperti Slipped disc, sakit leher, tulang belakang yang tidak tegak & lain-lain.
Cuckoo menawarkan Tilam yang luar biasa ini untuk dimiliki secara Tunai atau puun dengan skim sewa mudah berserta servis percuma.